Sunday, 31 March 2013

PECAHAN TAK WAJAR TAHUN 5

1.0       PENGENALAN


Cabaran yang dilalui oleh guru-guru matematik sebenarnya boleh ditangani dengan adanya perkembangan kaedah pembelajaran yang terkini. Kaedah 'chalk and talk' dan kaedah tradisional memang membebankan guru dan sudah ketinggalan zaman. Manakala Pengunaan teknologi seperti komputer dapat membantu Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) guru dalam bilik darjah. Selain menguasai pengetahuan dan pelbagai kaedah dalam mata pelajaran matematik, guru perlu memahami dan mengamalkan sepenuhnya saranan dan falsafah serta saranan yang terkandung dalam kurikulum pendidikan negara demi memfokuskan arah tuju guru-guru matematik dalam melaksanakan tugas perguruan. Tanpa pengorbanan guru runtuhlah tamadun suatu bangsa.
            Isi utama semasa sesi PdP dalam bilik darjah adalah guru kerap berhadapan dengan masalah murid yang berbeza latar belakang kebolehannya. Guru perlu pakar untuk menentukan pendekatan yang paling sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid. Mereka perlu kreatif, inovatif dan berjiwa pendidik agar murid dapat belajar secara aktif dan mampu memahami konsep atau idea dan berupaya menawan hati murid. Aktiviti yang dibina hendaklah menarik dan berpotensi untuk membolehkan isi pelajaran dan kandungan diterhemahkan secara jelas.
            Tugasan ini adalah berkaitan dengan kepentingan penggunaan bahan resos dan sejauh mana keberkesanan bahan tersebut terhadap sesi PdP dan juga contoh Rancangan Pengajaran Harian beserta bahan resos yang sesuai dengan tajuk yang ingin di ajar.




2.0       KEPENTINGAN PENGGUNAAN BAHAN RESOS DALAM PEMBELAJARAN            DAN             PENGAJARAN


Bahan bantu mengajar (BBM) yang mana juga dikenali sebagai bahan resos merupapakan sebahagian daripada media pengajaran yang ditakrifkan  sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran. Berdasarkan definisi di atas, jelas menekankan bahan bantu mengajar sebagai satu elemen yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kita selalu beranggapan, penggunaan perkataan di dalam kelas sudah memadai untuk  menyampaikan mesej dalam sesuatu pengajaran. Seringkali ramai  guru yang berpegang kepada kepercayaan tersebut, ini menyebabkan timbulnya masalah komunikasi  guru dengan pelajar. Justeru itu, penggunaan BBM adalah berkesan jika pengajaran berdasarkan perkataan bersama-sama dengan  gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya kepada  pemahaman para pelajar. Misalnya untuk menyatakan konsep “besar”, guru bolehlah menunjukkan satu objek atau gambar yang bersaiz lebih besar daripada gambar atau objek lain. Ini dapat digunakan untuk menunjukkan konsep “besar” yang dimaksudkannya. Sekiranya menggunakan perkataan semata-mata, maka sesuatu proses pengajaran tersebut akan lebih bersifat abstrak dan sukar difahami serta tidak dapat memberikan gambaran yang jelas kepada para pelajar.
            Dengan menggunakan BBM segala bentuk simbol dan komunikasi verbal yang abstrak  dapat diperjelaskan. Ini memudahkan para pelajar memahami isi kandungan sesuatu pelajaran. Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi juga dapat mengatasi sikap pasif dikalangan para pelajar kerana ia akan menimbulkan minat pelajar untuk belajar, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih mengembirakan dan menyeronokan.
            Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran, ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar dan ditambah pula  persekitaran yang berbeza . Ini akan membuatkan guru mengalami sedikit kesulitan dalam mengatasi perkara tersebut.
            Keadaan itu dapat diatasi dengan penggunaan BBM kerana kemampuannya dalam memberikan pengalaman dan persepsi yang sama serta tepat  tentang sesuatu konsep atau prinsip kepada semua pelajar. Selain itu, pencapaian para pelajar akan menjadi lebih berkesan melalui penggunaan BBM. Ini kerana murid dapat memahami dan menguasai tentang sesuatu konsep dan secara tidak langsung dapat memperbaiki keputusan penilaian di dalam kelas. Guru juga dapat memenuhi pencapaian objektif pembelajaran yang diharapkan dalam sesuatu isi kandungan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.
           Bahan bantu belajar yang baik dan berkualiti akan membantu guru agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan berkesan. Visual yang berkualiti juga akan turut menyemai nilai-nilai estetika dikalangan pelajar dan juga akan mencetuskan satu disiplin yang positif kepada mereka. Selain daripada itu juga, BBM yang baik mempunyai ciri-ciri yang dapat menyediakan satu rujukan bersifat konkrit kepada para guru. Ini adalah lebih baik dan bermakna daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utama BBM adalah untuk meningkatkan komunikasi dua hala  antara pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Namun fungsi ini hanya dapat memainkan peranannya, jika sesuatu visual itu mempunyai ciri-ciri yang mampu menarik minat pelajar.
           Antara ciri-ciri BBM yang dapat menarik perhatian pelajar adalah mudah, jelas dan difahami oleh pelajar semasa proses penyampaian isi pelajaran disamping memperjelaskan mesej yang bersifat abstrak kepada konsep yang lebih konkrit. Selain itu, mesej yang dapat ditafsir oleh pelajar tanpa perlu bersusah payah memahami sesuatu kehendak soalan atau kefahaman. Jika terlalu senang pula, pelajar mungkin tidak akan meneliti visual dengan terperinci. Mereka juga akan mudah merasa jemu. Jika terlalu sukar,pelajar akan rasa kecewa dan bosan. Di samping itu, BBM juga dapat menolong interaksi yang aktif antara pelajar ,guru dan mempunyai maksud yang tersirat dalam BBM yang digunakan. BBM juga dapat membantu memokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam isi pelajaran yang diajar dan menunjukkan kesinambungan idea dan keharmonian dalam menyusun idea supaya penegasan dapat ditonjolkan. Ini akan membantu pergerakan mata dan fikiran pelajar mengikuti perkembangan keseluruhan visual.
           Sebelum menghasilkan BBM, kunci kualiti sesuatu BBM terletak pada perancangan yang rapi. Jika diteliti, proses penyediaan BBm  ini hampir sama bagi semua jenis BBM. Oleh itu, proses penyediaan ABM haruslah mengambil kira faktor-faktor seperti :
            I.    Pecetus idea.
Idea yang tercetus daripada pengalaman, pembacaan, pemerhatian dan sebagainya. Paling penting, idea yang dihasilkan adalah salah satu usaha membantu pelajar mengatasi masalah pembelajaran mereka.
          II.    Objektif Pengajaran
BBM yang dihasilkan haruslah dapat membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran yang ditentukan oleh guru di akhir proses pengajaran dan pembelajaran.
         III.    Kebolehan pelajar
Analisis kebolehan pelajar juga diperlukan sebelum menyediakan BBM seperti:
Ø  Latar belakang
Ø  Pengetahuan sedia ada
Ø  Kadar pembelajaran
Ø  Kemahiran asas
Ø  Kebolehan bertutur
Ø  Sikap dan gaya pembelajaran.

Analisis pelajar ini akan mempengaruhi penggunaan BBM  dimana ia akan dapat memperlihatkan perkembangan pengajaran, kepantasan pengajaran, cara dan tahap penglibatan pelajar.
        IV.    Kumpul dan susun bahan
Guru harus mengenal pasti sumber dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan BBM. Guru juga perlu  mengumpul maklumat secara menyeluruh kandungan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
          V.    Tukarkan idea ke dalam bentuk visual
Setelah mengumpul semua maklumat, sumber dan bahan yang diperlukan dalam pembinaan sesuatu BBM. Idea ini akan ditukarkan dalam bentuk visual yang mengandungi elemen-elemen grafik yang menunjukkan garisan, ruang, bentuk tiga dimensi (3D), bentuk dua dimensi (2D) atau permukaan. Selain itu prinsip-prisip asas rekaan BBM juga diambilkira seperti simplisiti, dominan, pola , seimbang, variasai dan harmoni.
        VI.    Penglibatan pelajar
Penghasilan BBM perlulah melibatkan faktor penglibatan pelajar secara aktif. Ini akan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan penggunaan BBM secara maksimum. BBM yang akan dihasilkan juga perlu mempunyai kesesuaian dengan kaedah pengajaran yang dipilih supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar itu sendiri.
       VII.    Semak perancangan
Sebelum sesuatu BBM dihasilkan, peringkat semakan perancangan perlu dilakukan. Dalam semakan ini, beberapa soalan perlu diajukan iaitu:-
Ø  Adakah ia membantu pencapaian objektif ?
Ø  Adakah ia menunjukkan kesinambungan ?
Ø  Adakah ia membawa pertambahan pengetahuan dikalangan pelajar ?
Ø  Adakah ia berfokus kepada idea utama ?
Ø  Adakah ideanya jelas ?
Ø  Adakah ia dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan ?

      VIII.    Penerbitan
Proses penerbitan atau penghasilan BBM juga perlu mengambil kira faktor praktikal seperti :-
Ø  Adakah sumber dan bahan mudah diperolehi ?
Ø  Adakah BBM yang akan dihasilkan mudah digunakan ?

           Guru haruslah memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajarnya sebagai menyahut hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Sewajarnya guru mestilah memainkan peranan yang penting bagi merealisasikannya dengan menjalankan tanggungjawab mereka dengan mendidik pelajar-pelajar dengan sebaiknya agar menjamin pelajarnya menguasai apa yang diajar. Antaranya, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka terutamanya di sekolah-sekolah rendah oleh guru-guru Matematik. Dengan penggunaan BBM dapat membantu guru-guru menerangkan sesuatu perkara dan konsep isi kandungan pembelajaran dengan lebih tepat berbanding penerangan secara lisan
           Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan bahan bantu mengajar) bagi meransang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Lantaran itu guru-guru teknikal haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan memperbanyakkan penggunaan BBM dalam pengajaran mereka. BBM adalah penting dalam pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat meransang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar. Dengan itu, guru-guru hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan semasa tentang teknik mengajar dan kesannya ke atas proses pembelajaran pelajar. Guru-guru juga perlu sentiasa berusaha ke arah pengajaran yang dapat memberikan kesan positif kepada pelajarnya. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malahan dapat melahirkan pelajar yang dapat menyumbang tenaga kepada pembangunan negara.
           Cabaran pendidikan kini mengalami gelombang perubahan yang semakin ketara dengan wujudnya kurikulum dan mata pelajaran yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan. Ini termasuklah kewujudan sekolah menengah yang menjuruskan ke arah bidang sains dan teknologi. Justeru itu, penggunaan BBM perlulah dititik beratkan dalam pengajaran guru-guru agar pelajar-pelajar ini mampu menjadikan mata pelajaran tersebut sebagai asas untuk melibatkan diri dalam dunia pekerjaan atau meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. BBM bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan kini.
           Oleh itu, guru perlu bijak memilih kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk para pelajarnya kerana ia membantu guru tersebut menyediakan bahan-bahan pengajaran yang bermakna dan menarik serta mampu memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara (Ee Ah Meng, 1997). Guru haruslah melakukan anjakan paradigma dalam pengajaran mereka dan tidak semata-mata menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ dalam pengajaran. Ini kerana kaedah ini membosankan dan menurunkan motivasi pelajar untuk belajar.
           Guru perlu mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka sejajar dengan cabaran pendidikan masa kini dengan mendedahkan kepada pelajarnya dengan BBM yang mampu membantu kefahaman dan menolong pelajar ke arah pembelajaran yang lebih bermakna. Persoalannya, sejauh manakah penggunaan BBM di kalangan guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas.
           Dalam proses menyampaikan idea dan kemahiran matematik, guru boleh menggunakan bahan resos dalam bilik darjah. Pemilihan resos yang efektif sangat diperlukan bagi memastikan kejayaan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Apakah kepentingan penggunaan bahan resos ini dalam PdP dan sejauh manakah keberkesanannya? Menurut Boon, Noriati, dan Sharifah (2009), guru haruslah kreatif dalam memilih cara untuk menyampaikan isi pelajaran. Penggunaan bahan resos yang menarik merupakan salah satu cara yang       dilihat dapat menarik minat murid untuk menumpukan perhatian mereka terhadap isi pelajaran. Walaubagaimanapun, guru haruslah bijak dalam memilih bahan resos tersebut.
           Contoh bahan resos yang boleh digunakan untuk mengajar subjek matematik ialah abakus. Abakus merupakan alat hitung untuk melakukan proses-proses aritmetik seperti penambahan dan penolakan. Abakus terdiri daripada sebuah rangka kayu, dengan manik-manik yang menggelangsar pada wayar-wayar. Abakus telah digunakan selama berabad-abad sebelum penggunaan sistem angka Hindu-Arab dan masih digunakan secara meluas pada hari ini oleh para pedagang dan kerani di ChinaJepunAfrika dan negara-negara yang lain. Penggunaan istilah "abacus" (dari bahasa Inggeris) bermula sebelum tahun 1387 apabila karya-karya bahasa Inggeris Pertengahan meminjam perkataan Latin untuk menghuraikan sempoa papan pasir. Perkataan Latin datangnya daripada perkataan abakos, bentuk genitif bahasa Yunani untuk abax ("meja hitung"). Oleh sebab abax juga membawa pengertian "meja yang ditaburi dengan pasir atau habuk yang digunakan untuk melukis bentuk geometri", sesetengah ahli linguistik meneka bahawa perkataan Yunani berasal daripada kata akar Semitikābāq (disebut "a-vak"), perkataan Ibrani untuk "habuk". Oleh sebab perincian tentang penghantarannya adalah kabur, istilah "abakus" juga mungkin berasal daripada perkataan Phoeniciaabak, yang membawa pengertian "pasir".
           Untuk menggunakan abakus, kita haruslah menggunakan hanya dua jari sahaja. Ibu Jari dan Jari Penunjuk. Ibu Jari hanya digunakan untuk menggerakan manik-manik dibahagian bawah ke arah bim. Manakala jari penunjuk mengerakkan manik bahagian bawah dari atas ke bawah, manik bahagian atas ke menghampiri bim dan manik bahagian atas dari bawah menjauhi bim pula kita menggunakan jari penunjuk.
           Selain itu, penggunaan bahan resos juga dilihat mampu memberi kefahaman kepada murid mengenai isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Menurut Reys, Lindquist, Lambdin dan Smith (2009), mereka mencadangkan kepada guru untuk menukar cara pengajaran dari konkrit kepada abstrak. Guru digalakkan untuk menggunakan bahan manipulatif dan model kerana bahan-bahan ini dilihat mampu membantu murid sekolah rendah untuk belajar matematik.
           Di samping itu, penggunaan bahan resos dapat menggalakkan murid untuk meneroka dan rasa ingin melakukan sesuatu (sense making). Menurut Reys, Lindquist, Lambdin dan Smith (2009), salah satu cara untuk membolehkan murid melibatkan diri secara aktif dalam PdP adalah dengan menggalakkan pergerakan fizikal semasa PdP. Contohnya, guru menyediakan bahan resos seperti blok-blok kayu untuk membina dua jenis kotak (boxes) yang berbeza untuk membezakan isipadu dan luas. Murid akan bergerak secara bebas dan aktif semasa aktiviti ini dijalankan dengan dipantau oleh guru. Sekaligus aktiviti seperti ini mampu membantu murid membuat keputusan dan belajar mengenai matematik. Bahkan, kenyataan ini dapat dikuatkan lagi melaui kajian yang telah dijalankan oleh Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan (2002), lebih daripada 95 % responden berpendapat bahawa penggunaan bahan bantu mengajar amat penting untuk meningkatkan minat, perasaan ingin tahu dan kefahaman murid terhadap konsep -konsep matematik yang akan di ajar.  
           Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekiranya guru mampu menyediakan alatan tertentu yang sesuai dengan objektif pembelajaran dan sukatan matapelajaran yang ditetapkan. Oleh itu, pelbagai jenis alatan dan media wajar diketengahkan dalam proses pembelajaran untuk merangsang minda kanak-kanak selain membantu guru memudahkan proses penyampaian. Melalui tugasan ini, ia dapat menyediakan pengalaman kepada saya untuk menghasilkan BBM yang kreatif dan berkualiti. Tugasan yang disediakan ini juga meningkatkan keyakinan diri dalam berkerja untuk mewujudkan suasana kerja yang berdisiplin, sistematik serta menyuburkan sifat sabar dan berdikari bagi membantu dalam menghasilkan kerja yang lebih kreatif dan bermakna. Selain itu, tugasan ini memberi peluang untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari secara teori mengenai elemen-elemen reka bentuk ABM, prinsip-prinsip rekaan dan unsur-unsur seni semasa penghasilan ABM yang menarik, baik dan berkualiti.         
           Menurut kajian yang dilakukan oleh pensyarah Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Baharudin Omar, Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat (2002) menunjukkan bahawa kurangnya minat pelajar terhadap matapelajaran matematik itu berpunca daripada sikap mereka yang beranggapan matematik adalah matapelajaran yang susah. Persepsi negatif ini menyebabkan mereka tidak memberi peluang kepada diri menerima matapelajaran itu sebagai suatu yang mudah untuk difahami. Apabila mereka mempunyai persepsi negatif terhadap matapelajaran tersebut, maka secara sendirinya mereka akan berasa tidak seronok menghadiri kelas matematik, mempelajari matematik dan berkemungkinan mereka lebih cenderung untuk ponteng kelas matematik. Dengan ini, tahap minat mereka terhadap matematik semakin lama  semakin berkurang. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, guru perlu bertindak bijak dengan menarik semula minat mereka untuk belajar matematik melalui penggunaan bahan resos yang mampu membuang tanggapan mereka bahawa matematik itu susah.

No comments:

Post a Comment