Sunday, 31 March 2013

BAHAN RESOS




SET INDUKSI







RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


3.0       RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK

Tarikh : 7 Mac 2013
Masa: 8.00-9.00 pagi
Mata Pelajaran : Matematik
Kelas: 5 Cerdik
Bilangan Murid:  30 orang
Topik : Pecahan
Sub-Topik : Pecahan Tak Wajar
Objektif Pembelajaran : Murid diajar untuk mengenal Pecahan Tak Wajar
Hasil Pembelajaran
Pada akhir sesi P&P murid dapat :
1.    Menamakan pecahan tak wajar dengan penyebut tidak melebihi 10 dengan tepat menggunakan bahan konkrit.
2.    Melukis pecahan tak wajar dengan penyebut tidak melebihi 10 dengan tepat berbantukan kit pecahan dan bekas telur.
3.    Menulis pecahan tak wajar dengan penyebut tidak melebihi 10 dengan tepat berdasarkan bimbingan guru.
Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid telah mempelajari tajuk pecahan wajar.
Nilai : Bekerjasama,keberanian
Kemahiran Berfikir: Membanding beza, mencirikan
Teknik: Demonstrasi, soal jawab, aktiviti berkumpulan koperatif.
Bahan Bantu Belajar/ Resos: Video interaktif, kit pecahan pizza dan tempat letak kereta, bekas telur

Langkah-langkah/ Masa
Isi kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi /
5 minit
Menonton persembahan multimedia.

1.    Apa itu pecahan wajar?
2.    Berikan contoh pecahan wajar?

3.    Apakah nama bagi pecahan ?
Murid menonton persembahan multimedia pecahan wajar yang ditayangkan oleh guru.

Murid disoal akan pecahan wajar yang dipelajari pada pembelajaran yang lepas.



Guru memberi klu akan pembelajaran yang akan dipelajari pada hari ini.

Resos:
Persembahan multimedia

Teknik:
Soal jawab

Nilai: Keberanian

Langkah 1/
15 minit
Menamakan pecahan tak wajar dengan penyebut tidak melebihi 10 menggunakan bahan konkrit.

Haikal ingin pergi ke pusat membeli belah Warta. Dia melihat kawasan tempat letak kereta yang kosong. Lama-kelamaan tempat letak kereta itu dipenuhi dengan kereta.






1.    Berapakah tempat letak kereta yang disediakan?
-4
2.    Adakah sama saiz setiap petak tempat letak kereta?
Ya
3.    Berapakah bilangan petak pada tempat letak kereta yang pertama?
-3
1.    Berapa pula bilangan petak yang disediakan pada tempat letak kereta kedua dan ketiga?
-3
2.    Berapa buah kereta yang memarkirkan kereta pada tempat letak kenderaan pertama?
-3
Apakah pecahannya?
3.    Berapa buah kereta yang memarkirkan kereta pada tempat letak kenderaan yang kedua?
-3
Apakah pecahannya?
4.    Berapa buah kereta yang memarkirkan kereta pada tempat letak kenderaan yang ketiga?
-3
Apakah pecahannya?

5.    Berapa buah kereta yang memarkirkan kereta pada tempat letak kenderaan yang ketiga?
-2
Apakah pecahannya?
6.    Sekarang, beritahu cikgu berapa jumlah pecahan bagi keseluruhan kereta yang memenuhi ruangan tempat letak kenderaan yang disediakan?
( murid membilang setiap satu kereta atau menggunakan penambahan mudah)

pengangka
 

penyebut
            



Pengangka lebih besar atau sama dengan penyebut






Guru menunjukkan sebuah kit pecahan tempat letak kereta.


Guru memberi sebuah situasi kawasan tempat letak kereta di sebuah pusat membeli belah.



Guru mengisi setiap ruangan tempat letak kereta satu per satu dengan kereta.








Dengan menggunakan kit pecahan tersebut, guru bertanya soalan kepada murid.













































Guru memberitahu murid maksud pecahan tak wajar.






Resos: Kit tempat letak kereta

Teknik: demonstrasi, soal jawab

Nilai: Keberanian





























Langkah 2 /
20 minit
Melukis pecahan tak wajar dengan penyebut tidak melebihi 10 dengan tepat berbantukan kit pecahan dan bekas telur.

















Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.



Meja kumpulan pertama mendapat set bekas telur.




Meja kumpulan kedua diberi dulang pizza.




Meja kumpulan ketiga diberi set bekas telur.




Meja kumpulan keempat mendapat kit pecahan tempat letak kereta.


Guru memberi setiap ahli kumpulan kertas yang perlu diisi jawapan.



Setiap kumpulan diminta untuk menyelesaikan pecahan yang diberi oleh guru dengan menggunakan resos yang diberikan untuk setiap kumpulan.
Jawapan perlu dicatatkan di dalam kertas yang diberikan.
Setelah 5 minit, guru menyuruh setiap kumpulan berhenti, mengemas bahan di bahagian kanan meja dan bergerak kepada meja kumpulan yang lain untuk penyelesaian masalah yang berikutnya.
Begitulah seterusnya sehingga empat kumpulan tersebut berjaya menyelesaikan keempat-empat masalah menggunakan bahan resos.
Guru memanggil murid ke hadapan untuk mengemukakan jawapan.
Resos: kit pizza, kit tempat letak kereta, bekas telur

Teknik: aktiviti berkumpulan, koperatif

Nilai: Kerjasama, Keberanian

Langkah 3 /
15 minit
Menulis pecahan tak wajar dengan penyebut tidak melebihi 10 dengan tepat berdasarkan bimbingan guru.

(Rujuk Lampiran)




Guru memberi kertas latih tubi bagi setiap murid agar mereka dapat menyelesaikan soalan tersebut.

Resos:
-kertas soalan latih tubi


Penutup /
 5 minit
Rumusan

1.    Apa yang telah kamu pelajari pada hari ini?
Pecahan tak wajar
2.    Apa yang kamu faham mengenai pecahan tak wajar?
Pengangka lebih besar atau sama dengan penyebut.
Murid dibimbing oleh guru untuk merumuskan pembelajaran pada hari ini.
Murid disoal oleh guru.

Teknik: soal jawab